Salam dan Hai :)
Setelah hampir dekat lima tahun aku tak buka blog dan tak update apa-apa . Mungkin tiba masanya untuk aku kembali ke masa dimana aku habiskan masa aku dan luahkan semua yang terbuku melalui penulisan .
September 2017 , bulan keramat dimana aku harus memilih untuk mengorbankan dan membunuh perasaan sayang aku pada dunia perubatan tapi mungkin ada hikmah kenapa Allah tak bagi aku jalan itu.
Aku redha dengan ketentuan ilahi.
Selepas aku menerima sijil sebagai pelajar sains perubatan pada tahun 2015, aku tak nampak jalan untuk aku sambung ke peringkat lebih tinggi walaupun aku bergraduasi dengan keputusan kelas pertama. Aku mohpn UPU, malahan aku sanggup hold pengajian untuk tunggu tawaran UPU dalam bidang perubatan tetapi setelah 2 tahun aku tak dapat , aku mengubah strategi untuk melanjutkan pelajaran tgetapi dalam bidang lain yang aku boleh katakan aku tidak berapa suka dan kurang mahir iaitu bidang sastera.
Pada september 2017 , aku mendapat tawaran melanjutkan pengajian di UNIMAS dalam bidang komunikasi , dan aku mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk menerima tawaran tersebut . Yeah, akhirnya aku terima kini aku berada d UNIMAS , Sarawak . :)
Pada mulanya agak kekok dan aku takde feeling dalam bidang ni . Tapi yeahh Alhamdulillah , Allah permudahkan segala bila mana pada tahun pertama semester kedua aku mula sayang dengan course yang aku ambil dan aku semakin selesa dengan environment kat sini .
Banyak benda aku belajar dan aku jumpa macam-macam perangai kawan baru. Aku mula sayang kawan-kawan aku kat UNIMAS , aku mula sayang pada organisasi yang aku join. Yeahhh organisasi itu bukan AISA, tapi sekurangnya dapat mengubat rindu aku pada AISA dan Penang.
Komiti Pengaduan dan Kebajikan (PEKA) , satu organisasi yang membuatkan hati aku sayang kat UNIMAS, sayang kat Bumi Kenyalang yang mana pada hari pertama aku menjejakkan kaki kesini bersama hati yang kosong.
Aku mengaku , aku sayang kawan-kawan aku kat PEKA. Bukan semua tapi 3 orang ini ada waktu aku susah dan senang .
Okay rasanya ni dah masuk bab lain cerita lain hahaha
Aku akan update pasal siapa 3 orang itu, lepas aku exam :)
No comments:
Post a Comment