Wednesday, May 15, 2019

Precious

Salam dan Hai :)

Entry sebelum ni aku ada cakap pasal 3 orang sahabat yang aku kenal kat UNIMAS. Yeahhh hari ni aku nak cerita sikit pasal diorang. Macam aku cakap sebelum ni, aku kenal diorang sebab sama-sama pegang jawatan kat PEKA dulu pastu kitorang selalu keluar makan sekali dan berprogram sekali.

Tapi hari ini aku nak share pasal 2 orang je yang aku anggap Precious selama aku hidup kat UNIMAS. Diorang ada setiap masa tak kira sedih ke happy. 2 orang lelaki yang aku anggap adik eh eh hahaa.

Muhamad Zahir Fitri Zainal Abidin
Mohammad Aidid Aidi


Zahir 


Aidid


Siapa yang kenal aku mesti tahu aku sayang budak dua ni. Diorang ni lah tempat aku luah perasaan tempat aku nak tunjuk protes, tempat nak bawang dan tempat nak manja acah adik hahaha

Tapi yeahh biasa lah, langit tak selalunya cerah. Pelangi tak selalunya ada :)
Tapi mungkin ada hikmah disebaliknya yang aku tak nampak lagi . Belum tiba masanya kali :)

Tapi aku bersyukur walaupun bukan 2 orang, at least salah sorang dari diorang masih stay :)
Sepanjang aku kat Sarawak ni , Aku masih pegang kata-kata seorang kawan aku ni, dia cakap " Orang yang ada saat kita susah senang awal sem tu tak semestinya ada waktu kita dah nak grad nanti, tak semestinya stay sampai habis nanti" :)


Dulu aku rapat dengan Aidid lebih sikit dari Zahir . Selalu aku akan share banyak benda dengan dia . Tapi aku tak pernah tunjuk aku menangis ke apa depan dia . haha

But something happened aku start rapat dengan Zahir pulak banding Aidid . Kat Zahir aku share semua cerita sedih gembira apa semua dan kat Zahir jugak aku tak kisah kalau sambil cerita tu aku nangis . Benda biasa :)

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” – Hamba Allah

Monday, May 13, 2019

September 2017, sudah sedia kah aku ?

Salam dan Hai :)


Setelah hampir dekat lima tahun aku tak buka blog dan tak update apa-apa . Mungkin tiba masanya untuk aku kembali ke masa dimana aku habiskan masa aku dan luahkan semua yang terbuku melalui penulisan .

September 2017 , bulan keramat dimana aku harus memilih untuk mengorbankan dan membunuh perasaan sayang aku pada dunia perubatan tapi mungkin ada hikmah kenapa Allah tak bagi aku jalan itu.

Aku redha dengan ketentuan ilahi.

Selepas aku menerima sijil sebagai pelajar sains perubatan pada tahun 2015, aku tak nampak jalan untuk aku sambung ke peringkat lebih tinggi walaupun aku bergraduasi dengan keputusan kelas pertama. Aku mohpn UPU, malahan aku sanggup hold pengajian untuk tunggu tawaran UPU dalam bidang perubatan tetapi setelah 2 tahun aku tak dapat , aku mengubah strategi untuk melanjutkan pelajaran tgetapi dalam bidang lain yang aku boleh katakan aku tidak berapa suka dan kurang mahir iaitu bidang sastera.



Pada september 2017 , aku mendapat tawaran melanjutkan pengajian di UNIMAS dalam bidang komunikasi , dan aku mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk menerima tawaran tersebut . Yeah, akhirnya aku terima kini aku berada d UNIMAS , Sarawak . :)

Pada mulanya agak kekok dan aku takde feeling dalam bidang ni . Tapi yeahh Alhamdulillah , Allah permudahkan segala bila mana pada tahun pertama semester kedua aku mula sayang dengan course yang aku ambil dan aku semakin selesa dengan environment kat sini .

Banyak benda aku belajar dan aku jumpa macam-macam perangai kawan baru. Aku mula sayang kawan-kawan aku kat UNIMAS , aku mula sayang pada organisasi yang aku join. Yeahhh organisasi itu bukan AISA, tapi sekurangnya dapat mengubat rindu aku pada AISA dan Penang.

Komiti Pengaduan dan Kebajikan (PEKA) , satu organisasi yang membuatkan hati aku sayang kat UNIMAS, sayang kat Bumi Kenyalang yang mana pada hari pertama aku menjejakkan kaki kesini bersama hati yang kosong.

Aku mengaku , aku sayang kawan-kawan aku kat PEKA. Bukan semua tapi 3 orang ini ada waktu aku susah dan senang .



Okay rasanya ni dah masuk bab lain cerita lain hahaha

Aku akan update pasal siapa 3 orang itu, lepas aku exam :)



Thursday, February 6, 2014

Sedihhhhh !!!!! sebenarnya ..

Assalamualaikum ..
Bismillah .. :)

Alhamdulillah masi berkesempatan lagi nak share sesuatu walaupun sebenarnya tidak lahh penting sangat .. :)

SEDIHHHHH !!!!!

Korang ada tak benda yang korang sayang sangat , thn bgi kat orang yang rapat ngan korang atau orang yang korang sayang . tak kisah lah ayah kah , mak kah , adik kha , abang kah , atuk kah , nenek kah ,  BFF kah ..
Ada tak ??? Sedih tak kalau benda yang korang bagi tu dia hilangkan ..??
mestilah sedih kan .. :(   cuma buat - buat tak sedih je depan dia ..
                                                      # walaupun aku tak suka epal :P

Sebenarnya , begini ceritanya ..
Al-Kisah !
Ada sorang kawan aku ni , kami memang rapat sangat .. sangat2 rapat .. hehhehhh
time aku kat penang , aku adalah belikan dia ole-ole .. ada laah something yang rasanya aku tak perlu share kat blog ni .. but , if u ask me personally , sure aku akan jawab . inshaaAllah ..
walaupun harga dia taklah mahal sangat , tapi aku sayang benda tu . Sebab dia ada satu aku ada satu :)

Tapi malangnya , setelah sekian lama diguna , akhirnya dia berpisa ngan tuannya buat kali kedua (pertama tuan yang kat kedai tu lah , kedua BFF aku yang aku bagi benda tu lah)

benda tu dah hilang !!!! (pujuk diri , tenang shay , tenang shay)
Ada orang curi beg dia time dia solat kat masjid Tawau ..
habis semua hilang , nasib dompet and phone masih terselamat ..
yang penting sekali orang tu selamat . !
 Walaupun mula-mula tu aku cam marah , cam bengang syak , tapi lepas tu okehhh dah ..
memang dia tak salah pun , kan time tu dia solat . manalah dia sedar .
lagipun kat masjidkan , lagi pun dia tak expect  pun benda tu hilang ..

tak pelah ada benda lain lagi penting dan lebih berharga dari benda tu .. :) yess ! memang betul ada lagi .. :)

Dan disini saya mengumumkan , bahawasanya saya telah memaafkan anda wahai BFF misteri .. hehhehh

#jangan lupa janji anda ..
#semporna,sabah mu tunggu aku datang

huhaii .. tu je pun sebenarnya nak cerita ..
apapun thanks for reading entri aku ni :)
Bye Bye
Assalamualaikum

#shaypinkaholic


Wednesday, February 5, 2014

BLOG atau DIARY ..... Sebenarnya ?????


 Assalamualaikum ..

Bismillah .....

Apa khabar sahabat seperjuangan yang sentiasa indah harinya , In shaaAllah ..
First sekali aku nak minta maaf kat semua sebab lama x update blog aku yang cute ni ,cam cute je , cam cute je  .. heheheh  
#PERASAN #ADA #ORANG #NAK #BACA #ENTRI #AKU
But for sure ada sorang ni yang selalu baca entri aku , walaupun entri aku ni MERAPU ,
sampai kadang-kadang tu dia call atau text hanya tanya kalau aku dah update blog,kenapa tak update??? .. Tapi thanks sangat2 untuk awak .. :)


Memang merapu lah aku ni ..
Berbalik kepada tajuk entri aku , BLOG atau DIARY .. sebenarnya ???


Sebenarnya aku pun bingung , aku punya blog ni diary kha atau apa .. adeehhh 
Honestly , pada mulanya aku buat blog ni , sebab aku nak buat diary ..
Malas nak tulis diary dlam buku diary tu , mak kata jiwang sangat , pastu org boleh baca .. 
sampai satu hari tu , time aku form 4(2010) , aku belajar bahasa KOREA hanya sebab nak tulis dalam buku diary aku . supaya tiada siapa yang boleh baca kecuali kawan kat sekolah aku lah ( tapi aku tak bawak pun buku tu datang sekolah )


TAPI MALANGNYA ..... JENG , JENG , JENG .....



Sebab aku over excited dah pandai tulisan KOREA , aku pegi lah ajar adik lelaki aku tulisan korea tu ..( dah dia mintak ajar ) . Terlupa misi utama aku belajar tulisan tu .
Maka tak jadilah aku tulis diary lagi . Adeeehhh

Dah dua tahun tak tulis diary , datang jak  Penang , datang jugak minat aku nak tulis diary balik .
tapi ada kawan satu rumah ni , dok bising2 pasal blog, aku apa lagi .. macam best je , macam best je . 
Aku pun p mintak tolong dia buatkan blog , anak buat diary laa katakan ..

Hemmm , Misi aku terkandas lagi .. 
macam jakun la pulak aku ni , aku p heboh satu kampung aku ada blog , perempuan takpe lagi , ni ada lelaki yang tau URL blog aku ni .. Hemm , maka tak jadi lagi laa misi aku nak buat medan blog ni sebagai curahan hati aku..

Hahhhh !!!!! tanpa kawan2 sedari , sebenarnya tajuk entri aku ni dah terjawab lahh ya .. Ni memang betul-betul blog , bukannya diary .. 


ehehhehh , saja share pasal ni .
dah lama sangat jari jemari aku ni tak sentuh keyboard laptop aku untuk medan blog ni .. :) 

Semoga kita berjumpa di entri akan datang .. :)
In shaaAllah .. 
Assalamualaikum .. :)

#ShayPinkaholic 


Thursday, August 29, 2013

Blood Typing :)


Assalamualaikum ..
Alhamdulillah masih bernafas lagi .. :)

First time cek jenis darah sendiri ..
tidak pernah terpikir pun , sebab takut tengok jarum .. :)

Tapi ......
tiba-tiba berani pulak time tu kan .. :)

Dan baru aku tahu darah aku jenissssssss ....

O+ .. :) penderma :)







ada pengalaman jgak la . :)

harap berguna :)

Monday, August 19, 2013

you're are my vertebrae column beside my spinal cord life

assalamualaikum 
terima kasih bebanyak kerana tak jemu2 baca warkah yang tak seberapa ni ..
apa2 pun kita harus bersyukur kepadaNya ..
Alhamdulillah .. 

kali aku nak kongsi pasal family aku .. 
tak banyak cerita pun sebenarnya ,
cuma saja update pasal ni ,, rindu sangat kat  my vertebrae column ni .. hehehe


MAMAK N BAPAK .. yang selalu menyokong aku demi kejayaan akan datang .. :) thnk you so much ma , pa ..  :) tak mungkin akan dilupakan .. 
:)

elegant Mom and her friends
selaku cikgu2 ku time kat sekolah menengah tahap 1 .. :)



Luqman Khan
Izzah Haziqah Maisarah
Irffan Khan
Noor Shafiqah Khan

adik-adik yang sangat dirindui .. 
miss all of u  :(

Beegam Maziah n Beegam Marinah Khan 
sorry kakak Along takde gambar kamu yang terbaru ( pakai tudung)
tak boleh nak upload ..



:)

wsalam ..
 sayang kamu semua .. n terima kasih kerana sudi jadi vertebrae column kakak Along .. :)

The important ones . :)

Assalamualaikum 
Apa khabar ? :) Terima kasih masih membaca warkah yang entah buat keberapa kali ini .. 
Entah faham Entah tak kan .. :) 
In shaa Allah korang faham apa yang ingin aku sampaikan .. 
 :) 


Sahabatku, Dirimu umpama bintang yang selalu menceriakan malamku,
Dirimu umpama mentari yang selalu menerangi siangku , 
Kala lesapnya bintang , malapla malamku,
Kala matahari bersembunyi, gelap seketika hatiku,
Teruslah terangi hidupku,
Teruslah menceriakan duniaku,
Pimpinlah aku melalui hidup ini ..

Sahabatku , Tahukah kalian ,
Seri hidupku bererti  dengan adanya kalian ,
Tangis rinduku terubat dengan adanya kalian,
Betapa kalian memenuhi ruang hidupku ,
Jangan tinggal ia keseorangan lagi ...












ada kalanya kita terasa , bersedih, menangis dan mcam2 lagi .. tapi ingat la, kawan senang dicari , tapii SAHABAT susah nak lupakan ..