Wednesday, May 15, 2019

Precious

Salam dan Hai :)

Entry sebelum ni aku ada cakap pasal 3 orang sahabat yang aku kenal kat UNIMAS. Yeahhh hari ni aku nak cerita sikit pasal diorang. Macam aku cakap sebelum ni, aku kenal diorang sebab sama-sama pegang jawatan kat PEKA dulu pastu kitorang selalu keluar makan sekali dan berprogram sekali.

Tapi hari ini aku nak share pasal 2 orang je yang aku anggap Precious selama aku hidup kat UNIMAS. Diorang ada setiap masa tak kira sedih ke happy. 2 orang lelaki yang aku anggap adik eh eh hahaa.

Muhamad Zahir Fitri Zainal Abidin
Mohammad Aidid Aidi


Zahir 


Aidid


Siapa yang kenal aku mesti tahu aku sayang budak dua ni. Diorang ni lah tempat aku luah perasaan tempat aku nak tunjuk protes, tempat nak bawang dan tempat nak manja acah adik hahaha

Tapi yeahh biasa lah, langit tak selalunya cerah. Pelangi tak selalunya ada :)
Tapi mungkin ada hikmah disebaliknya yang aku tak nampak lagi . Belum tiba masanya kali :)

Tapi aku bersyukur walaupun bukan 2 orang, at least salah sorang dari diorang masih stay :)
Sepanjang aku kat Sarawak ni , Aku masih pegang kata-kata seorang kawan aku ni, dia cakap " Orang yang ada saat kita susah senang awal sem tu tak semestinya ada waktu kita dah nak grad nanti, tak semestinya stay sampai habis nanti" :)


Dulu aku rapat dengan Aidid lebih sikit dari Zahir . Selalu aku akan share banyak benda dengan dia . Tapi aku tak pernah tunjuk aku menangis ke apa depan dia . haha

But something happened aku start rapat dengan Zahir pulak banding Aidid . Kat Zahir aku share semua cerita sedih gembira apa semua dan kat Zahir jugak aku tak kisah kalau sambil cerita tu aku nangis . Benda biasa :)

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” – Hamba Allah

No comments:

Post a Comment